Ekelas Usahawan Bersama Komuniti
26 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 September yang lalu, sesi eKelas Usahawan bersama Komuniti NADI telah dijalankan sebagai satu sesi pengenalan kepada peserta mengenai program pembelajaran keusahawanan. Sesi ini bertujuan memberikan gambaran awal tentang kandungan pembelajaran, modul yang akan dipelajari serta perjalanan pembelajaran sepanjang mengikuti eKelas Usahawan. Antara objektif sesi ini adalah memperkenalkan peserta kepada eKelas Usahawan, memberikan penerangan mengenai modul dan kandungan pembelajaran, menerangkan perjalanan pembelajaran daripada awal hingga akhir, memberikan gambaran mengenai aktiviti dan kemahiran yang akan dipelajari oleh peserta.
Sesi dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai eKelas Usahawan dan tujuan program diadakan. Peserta diberikan penerangan mengenai keseluruhan modul yang akan dipelajari serta perkara-perkara yang akan dilalui sepanjang program atau kelas yang akan diadakan. Seterusnya, sesi tersebut diselit dengan cabutan bertuah kepada peserta yang hadir di NADI.
Penerangan turut merangkumi perjalanan pembelajaran, aktiviti yang akan dijalankan dan pengetahuan serta kemahiran yang boleh diperoleh melalui eKelas Usahawan. Peserta juga diberikan gambaran tentang bagaimana pembelajaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
Secara keseluruhannya, sesi pengenalan ini telah memberikan gambaran awal yang jelas kepada peserta mengenai eKelas Usahawan, kandungan modul serta perjalanan pembelajaran yang akan diikuti. Sesi ini diharapkan dapat membantu peserta memahami program dengan lebih baik dan bersedia untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: