WEBINAR CYBERSECURITY (LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA)

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun yang lalu, seramai 3 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Webinar Cybersecurity iaitu Lindungi Identiti Digital Anda. Webinar ini mencerminkan keseluruhan kandungan webinar yang merangkumi kebocoran data, keselamatan dalam talian, dark web, undang-undang siber, dan teknik LTLR untuk mengurangkan risiko menjadi sasaran serangan siber. Identiti digital memiliki peranan penting dalam kehidupan moden iaitu untuk tujuan interaksi sosial, transaksi kewangan mahupun untuk melayari mana-mana laman web. Namun, identity digital ini juga menjadi target kepada scammer untuk mencuri identity dengan tujuan mencuri wang, penyalahgunaan akaun media sosial dan pishing. Oleh itu, pentingnya untuk kita melindungi identity kita dengan menggunakan kata laluan yang kuat dan unik. Selain itu, sentiasa berwaspada terhadap pishing dan scam serta berhati-hati apabila menggunakan wifi secara umum. Kesimpulannya, identity digital ini adalah bahagian yang sangat penting dalam dunia digital ini. Oleh itu, penting untuk sesiapa sahaja untuk mengetahui cara bagaimana ingin melindungi identity sendiri supaya tidak mudah untuk di tipu daya oleh scammer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali