TINY TECHIES ROBOT SUMO SEKOLAH RENDAH

28 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies bagi Sekolah Rendah iaitu Robot Sumo. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa pelajar sekolah rendah. Objektif kelas tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan asas pengaturcaraan micro:bit melalui aktiviti membina dan mengendali robot sumo secara praktikal. Selain itu, tenaga pengajar juga telah memfokuskan kepada pengenalan dan pemahaman asas mengenai robot sumo, yang merupakan robot yang direka untuk bersaing di dalam gelanggang seperti dalam perlawanan sumo sebenar. Dengan adanya kelas seperti ini dapat peserta dapat memahami asas pengaturcaraan, reka bentuk robot serta menggalakkan minat peserta dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali