ESPORT AWARENESS PECUTAN MERDEKA MODUL 1,2,3

6 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat Awareness dalam Esport sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Seramai 8 orang peserta yang telah mengikuti kelas kesedaran dan esukan ini. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta betapa pentingnya supaya kita lebih berhati-hati semasa dalam talian lebih lagi dalam dunia game sekarang. Selain itu, peserta juga diberi penerangan tentang apa itu esukan dan apa kelebihan kita sentiasa berhati-hati diatas talian. Seterusnya, peserta juga ingin memastikan cara bagaimana untuk tidak mudah di tipu dan dibuli dalam game. Dengan adanya kelas kesedaran ini, saya berharap supaya peserta lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab walau dimanapun mahupun diatas talian. Oleh itu, pentingnya anak-anak diberi kesedaran awal supaya mereka tidak terjebak dalam dunia digital yang jahat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali