TINY TECHIES IOT INOVASI SESI 3 SEKOLAH MENENGAH
19 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies bagi Sekolah Menengah iaitu IOT inovasi untuk sesi yang ketiga. Objektif utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada peserta kepada dunia internet of thing. Selain itu juga, kelas ini memberi peluang kepada peserta supaya dapat meneroka sendiri IOT Kit yang dilengkapi pelbagai komponen seperti sensor, modul pengawal, dan peralatan sambungan pintar. Aktiviti hands-on ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, malah memupuk minat terhadap teknologi masa depan serta menggalakkan inovasi dalam bidang sains dan kejuruteraan. Seterusnya mereka juga berasa sangat seronok kerana dapat mengenali komponen asas iot inovasi tersebut. Saya berharap agar lebih ramai peserta yang dapat menyertai kelas ini supaya mereka dapat berjaya sehingga ke peringkat negeri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: