WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS (DILEA)

5 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2025 yang lepas, pihak SSO telah mengadakan webinar berkala Bahasa Inggeris bersama murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program ini telah disertai oleh 2 orang pelajar dari sekolah menengah. Program Dilea adalah inisiatif yang memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan. Dengan menyediakan peluang pembelajaran secara percuma kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1,2,3,4&5. Program Dilea memberi akses kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan akademik mereka melalui empat subjek iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah. Selain itu, pelajar juga akan belajar menggunakan platform DiLea untuk mengakses bahan pembelajaran digital, video interaktif, dan latihan Matematik secara dalam talian. Dengan adanya kelas seperti ini pelajar berasa lebih seronok dan pembelajaran akan lebih berkesan secara efektif dan inovatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali