PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL (BULI SIBER)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan Pertandingan Reka Poster Digital yang bertemakan Buli Siber. Pertandingan telah disertai oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Dalam pertandingan tersebut, mereka dikehendaki untuk membuat poster yang bertemakan buli siber. Buli siber merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi menggunakan teknologi seperti teks, chatting, emel, laman web social, telefon bimbit dan permainan internet. Gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selam 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Buli siber juga memberi kesan emosi, fizikal dan mental kepada mangsa. Dengan adanya pertandingan seperti ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran dalam diri bahawa buli siber adalah perkara yang sangat serius kerana buli siber boleh membuat seseorang kemurungan, depresi, mencederakan diri sendiri hingga menyebabkan kematian. Oleh itu juga, kita sentiasa harus diingati bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah disisi undang-undang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: