WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
14 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2025 yang lalu, SSO telah menjalankan Webinar Perancangan dan Pengurusan Kewangan untuk usahawan Cohort 2. Objektif pengurusan kewangan kepada seorang usahawan adalah penting untuk memastikan kestabilan kewangan perniagaan, memaksimumkan keuntungan, dan menyokong pertumbuhan jangka Panjang. Seterusnya, pengurusan kewangan sangat penting untuk membantu mengelakkan masalah kewangan, mengurus aliran tunai dengan efisien dan memastikan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang dalam kewangan. Di samping itu juga, dalam webinar tersebut telah menyebut tentang rekod-rekod kewangan bagi laporan jualan, dokumen belian, bukti pembayaran dan penyata bank. Hal ini adalah bagi memudahkan pengurusan kewangan dan meningkatkan reputasi perniagaan. Kesimpulannya, rancangan dan pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kejayaan kepada usahawan untuk merancang kewangan yang sistematik dan memastikan pematuhan cukai dan perundangan dalam sesebuah perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: