Program Taklimat Perkhidmatan Pintar dan NADI Safe di SK Abang Abdul Rahman Saratok

8 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Januari 2025 yang lalu, pihak NADI Kluster Saratok dan Kabong telah mengadakan Program Taklimat Perkhidmatan Pintar dan NADI Safe bertempat di SK Abang Abdul Rahman. Seramai 100 lebih peserta Tahun 6 yang telah terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang NADI Safe dan Perkhidmatan Pintar yang ada di NADI. Antara topik yang telah dibincangkan adalah 5 Pillar, Esport, Ekelas dan Dilea, Pengantunan Dalam Talian, Buli Siber dan Terlebih Kongsi. Selain itu juga, perkongsian ini penting supaya pelajar dapat memanfaatkan NADI dengan sebaik mungkin untuk belajar, mengulangkaji pelajaran ataupun mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI. Dengan itu, kita semua akan dapat manfaat yang baik dengan menjadikan NADI sebagai pusat untuk menuntut ilmu dan mencari maklumat yang berfaedah. Seterusnya, perkongsian tentang NADI Safe dapat meningkatkan pengetahuan pelajar bahawa bahayanya pengantunan dalam talian, terlebih kongsi dan buli siber pada masa sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali