Program Taklimat Perkhidmatan Pintar dan NADI Safe di SMK Kabong

2 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Disember 2024 yang lalu, Program Taklimat Perkhidmatan Pintar dan NADI Safe telah diadakan di SMK Kabong. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang NADI Safe dan Perkhidmatan Pintar yang ada di NADI. Antara topik yang telah dibincangkan adalah 5 Pillar, Esport, Ekelas dan Dilea, Pengantunan Dalam Talian, Buli Siber dan Terlebih Kongsi. Selain itu juga, perkongsian ini penting supaya pelajar dapat memanfaatkan NADI dengan sebaik mungkin untuk belajar, mengulangkaji pelajaran ataupun mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI. Dengan itu, kita semua akan dapat manfaat yang baik dengan menjadikan NADI sebagai pusat untuk menuntut ilmu. Seterusnya, perkongsian tentang NADI Safe dapat meningkatkan pengetahuan pelajar bahawa bahayanya pengantunan dalam talian, terlebih kongsi dan buli siber pada masa sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali