PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) SK BATANG MARO
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025 yang lalu iaitu hari Rabu, pihak NADI Kluster Saratok dan Kabong telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SK Batang Maro. Seramai 54 lebih peserta Tahap 1 dan Tahp 2 yang telah terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kesedaran serta keupayaan peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan. Antara yang dirancang termasuk latihan jurulatih kepada guru, mahasiswa dan penggerak komuniti, sesi ceramah dan pameran keselamatan siber, selain pelbagai pertandingan yang menjurus kepada pendidikan penggunaan internet secara beretika dan berwaspada. Kempen ini sangat memberi impak yang positif untuk seluruh pelajar mahupun guru serta komuniti yang lain bagi memastikan setiap kumpulan sasaran bukan sahaja celik digital, malah mampu membuat keputusan yang bijak ketika berada dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: