WEBINAR MENGURUS DAN MENGUKUR KEBERKESANAN PEMASARAN DIGITAL

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2025 yang lalu, telah diadakan webinar e-kelas usahawan iaitu mengurus dan mengukur keberkesanan pemasaran digital. Webinar tersebut telah dihadiri seramai 3 orang peserta. eKelas Usahawan adalah sebuah program komuniti yang dibawakan untuk membantu usahawan tempatan mengembangkan pengunaan digital perniagaan mereka. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam perniagaan dengan cara yang lebih berkesan. Sesi ini memberi pendedahan kepada usahawan untuk mengurus dan mengukur keberkesanan pemasaran digital secara lebih berkesan dan lebih bermanfaat untuk mendapatkan keuntungan yang lebih lumayan. Seterusnya, pembelajaran ini sangat memberi impak yang positif dengan menawarkan pembelajaran digital secara interaktif untuk pelajar dan usawahan. Dengan adanya kelas seperti ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran dan dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang mengurus dan mengukur keberkesanan pemasaran digital. Saya berharap supaya lebih ramai lagi peserta yang mengikuti kelas dan ilmu secara percuma ini untuk meningkatkan cara berniaga dengan lebih berkesan dan efektif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali