NADI X AWARENESS (SAFE)
22 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat NADI X Awareness iaitu Lindungi Data Peribadi Anda. Taklimat ini disertai oleh seorang pelajar Sekolah Menengah dan seorang komuniti tempatan. Perkongsian ini sangatlah penting untuk masyarakat kita pada masa kini memandangkan dunia teknologi semakin canggih dan semuanya hanyalah di hujung jari. Selain itu, taklimat ini penting untuk melindungi data peribadi seseorang bagi mengelakkan berlakunya scammer yang semakin berleluasa. Seseorang yang cetek dengan ilmu awareness ini kebiasaannya mudah terpedaya untuk menekan apa sahaja link yang diberi atau di forward dari orang yang tidak dikenali. Oleh itu, pentingnya untuk kita mengetahui ilmu tentang NADI Awareness ini supaya kita tidak mudah terpedaya dan mempercayai orang secara atas talian. Dengan itu, data peribadi kita tidak mudah untuk digodam dan kita tidak akan mudah untuk mempercayai penipuan secara dalam talian ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: