Mahir Masak (Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral)

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2025 yang lalu, pihak NADI Mahir Masak telah mengadakan kelas iaitu membuat Pistachio Kunafa Brownies Viral. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang memasak sesuatu yang baharu. Antara kelebihan kelas ini yang pertama ialah peserta akan mengetahui rahsia membuat Pistachio Kunafa Brownies yang lazat dan menarik. Seterusnya, sesuai untuk peserta yang baru ingin memulakan perniagaan keci-kecilan dari rumah. Dengan membuat perniagaan brownies tersebut, para peserta dapat menambah dan meningkatkan lagi pendapatan sampingan mereka. Oleh itu, kelas ini sangat memberi manfaat untuk para surirumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual makanan viral seperti pistachio kunafa brownies yang menjadi kesukaan ramai pada masa sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali