Webinar Cybersecurity Sim Swap (Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1)

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025 yang lalu, seramai 3 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Webinar Cybersecurity iaitu Sim Swap ancaman siber kepada usahawan. Webinar ini dihadiri oleh 3 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1. Ancaman siber ini lebih kepada usahawan supaya berhati-hati dengan scammer. Selain itu, webinar ini juga menerangkan kepada peserta bagaimana serangan “Sim Swap” berlaku secara langsung, memahami kesannya terhadap akaun bank dan perniagaan usahawan, serta langkah pencegahan untuk melindungi nombor telefon dan operasi digital seseorang. Oleh itu, pentingnya webinar ini untuk peserta dan terutamanya kepada usahawan supaya lebih berhati-hati dalam dunia digital supaya tidak mudah terpedaya dengan scammer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali