Nadi Mahir Masak (Pembuatan Cookies)
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2025 yang lalu, para peserta mahir masak NADI Batang Maro bergabung untuk membuat cookies supaya mereka dapat saling bekerjasama. Peserta tersebut dihadiri seramai 4 orang peserta mahir. Seterusnya, mereka diberi tunjuk ajar melalui slide dan host sendiri yang demo untuk para peserta bagaimana cara untuk membuat cookies. Selain itu juga, mereka berbagi kerja untuk memastikan kerja mereka lebih cepat dan lebih teliti supaya tidak ada kesalahan dalam pembuatan cookies.
Masa yang diambil untuk membuat cookies hanyalah 1 jam. Dengan adanya kerjasama daripada mereka, mereka berjaya menghasilkan cookies yang sedap dan cantik seperti yang telah di tunjuk ajar host kepada mereka. Saya berasa amat gembira kerana mereka tidak mensia-siakan masa dan melakukan dengan sangat baik. Saya berharap agar peserta mahir masak ini terus berjaya pada next step dan juga terus berjaya di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: