Kahoot Quiz dan KDB (ICT)

20 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Kahoot Quiz dan tayangan klik dengan bijak. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran jenis visual. Hal ini dikatakan demikian kerana, kahoot mempunyai banyak soalan untuk setiap subjek. Contohnya, subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan banyak lagi. Selain itu juga, kahoot dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk melatih mereka menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Seterusnya, platform tersebut sangat menyeronokkan kerana dapat menguji minda peserta. Pengisian dengan tayangan Klik Dengan Bijak yang bertajuk Oversharing. Hal ini supaya mereka diberi kesedaran supaya lebih berhati-hati berkongsi secara berlebihan di social media. Oleh itu juga, dengan adanya platform kahoot quiz ini peserta dapat belajar kendiri untuk mendapatkan pencapaian dan keupayaan masing-masing dengan prestasi yang lebih baik dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali