NADI Mahir Masak Minggu 1
16 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2024 yang lalu, para peserta yang telah mendaftarkan diri untuk Kursus NADI Mahir Masak dibawah inisiatif NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menghadiri kelas pertama. Seramai 4 orang peserta NADI Batang Maro telah terlibat dan mengikuti kelas NADI Mahir Masak untuk Slot 1, Slot 5 dan Slot 9.
Pada minggu pertama ini, para peserta diajar untuk menggunakan Sistem MTS (Mahir Training System). Para peserta begitu tekun dan mereka teruja untuk belajar memasak pada kelas berikutnya. Mahir Training System merupakan sistem yang akan digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk masuk ke kelas secara online, merekod kehadiran, melihat slide dan video pembelajaran sekiranya tertinggal, melihat tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar serta lain-lain lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: