Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022
16 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2022 yang lalu, staff PEDi Batang Maro telah dijemput dan dilantik sebagai AJK Buletin bagi Program Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022 yang telah dianjurkan oleh pihak SK Batang Maro dan JKKK Batang Maro. Program ini telah diadakan di Dewan Sri Beting, SK Batang Maro. Pengisian program adalah perarakan Hari Malaysia (Konvoi ATV, motosikal, dan basikal), Pertandingan Baju Beragam Berhias Tema Merdeka, Pertandingan Basikal Berhias, dan juga Pertandingan Mewarna. Selain itu, turut diadakan adalah cabutan bertuah. Seramai 200 orang telah menghadiri program ini dan untuk makluman, program ini adalah julung kali diadakan di Kampung Batang Maro. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memupuk lebih tinggi nilai kecintaan terhadap negara kita, negara Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: